Nadi Mahir Foto Minggu Kelima - Tip Fotografi Smartphone & Elemen Fotografi”

14 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 OGOS 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Foto Minggu Ke-5 telah disampaikan oleh Puan Azfarina Sulaiman dengan memberi fokus kepada penguasaan tetapan kamera telefon pintar dalam fotografi. Peserta diperkenalkan kepada elemen penting seperti exposure, shutter speed, aperture, ISO dan white balance serta penggunaan mod Expert atau Professional. Kursus menerangkan bagaimana setiap tetapan mempengaruhi pencahayaan, pergerakan subjek, ketajaman, depth of field dan warna gambar. Peserta turut mempelajari kesan penggunaan ISO tinggi dan rendah serta pemilihan white balance mengikut sumber cahaya. Secara keseluruhannya, pembelajaran ini membantu peserta mengawal tetapan kamera dengan lebih baik bagi menghasilkan gambar yang lebih jelas, seimbang, kreatif dan berkualiti menggunakan telefon pintar.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali